Jumaat, 27 Januari 2023 
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 
 
     
SPMU

PEMBERITAHUAN

Perkara Tarikh
Permohonan Pendaftaran SPMU 2022 08/05/2022 - 12/07/2022
Semak Status Permohonan Pendaftaran SPMU 2022 mulai 30/07/2022
Tarikh peperiksaan SPMU 2022 *Sila rujuk jadual peperiksaan SPMU 2022

PERINGATAN

  1. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat sebelum menghantar borang permohonan. Lembaga Peperiksaan berhak membatalkan pendaftaran calon sekiranya maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu.
  2. Permohonan hanya dibuka kepada calon yang pernah mengambil SPM/SPM(V)/SPVM/MCE/SC/FMC.
  3. Membuat permohonan pendaftaran SPMU di portal Permohonan Pendaftaran SPMU antara 08/05/2022 sehingga 12/07/2022.
  4. Bayaran bagi permohonan pendaftaran SPM hendaklah dilaksanakan melalui kaedah perbankan elektronik.
  5. Setelah melaksanakan permohonan dan bayaran secara dalam talian, pemohon hendaklah mencetak dan menghantar/mengepos dokumen berikut dalam tempoh 7 hari ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat pemohon memilih untuk menduduki peperiksaan:
    • Salinan Kenyataan Semakan;
    • Salinan Resit bayaran (perbankan elektronik); dan
    • 4 keping sampul Pos Laju Prabayar atau Pos Ekspres bersaiz A5 beralamat sendiri
    Kegagalan calon mengemukakan dokumen di perkara 5, akan menyebabkan calon tidak menerima maklumat penting berkaitan peperiksaan.

    Alamat JPN boleh didapati di portal Lembaga Peperiksaan (https://lp.moe.gov.my)
  6. Membuat semakan permohonan pendaftaran SPMU di portal Semakan Permohonan Pendaftaran SPMU mulai 30/07/2022.
  7. Pastikan borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) dicetak dan dibawa bersama-sama maklumat peribadi ke pusat peperiksaan semasa hari peperiksaan dijalankan.
  8. Permohonan pindah pusat peperiksaan setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 24/06/2022 sehingga 30/06/2022.
  9. Permohonan pembetulan maklumat setelah pendaftaran berjaya dilaksanakan, hendaklah dimohon antara 24/06/2022 sehingga 30/06/2022.
  10. Sebarang pengemaskinian maklumat (permohonan pindah pusat peperiksaan dan pembetulan maklumat) hanya boleh dibuat di JPN negeri tempat calon memilih untuk menduduki peperiksaan.
  11. Jika ada sebarang pengemaskinian maklumat, borang Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan (PPP) perlu dicetak semula.

Sebarang permasalahan boleh hubungi pejabat JPN atau PPD yang berhampiran.